Saturday, 24 December 2011

Kalau takut untuk mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang...

Kalau tidak mampu mencintai,jangan pernah sentuh hati seseorang...kalau tidak mampu setia, jangan pernah membuat janji...kalau tidak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah memberi harapan... kerana hati manusia itu terlalu bernilai dan terlalu berharga untuk disakiti...serta terlalu mahal untuk disia-siakan dan apatah untuk dihancurkan...

Sunday, 18 December 2011

Alhamdulillah,hari ni rumah yang aku beli hasil dari titik peluh aku (walau tak berapa berpeluh...hehe) selamat dipasang meter elektrik oleh TNB. Meter air pulak?...aku pun tak tahu mana pergi 'brother' yang janji nak datang pukul 2.30 tadi...apapun x boley lar brother tu...uhukkk. Nasib baik sempat masuk elektrik,esok kerja2 memasang grill akan dilakukan oleh 'Ah Chai'...jangan ko pasang cincai2 sudaa...tunggulah aku upload pic grill yg aku 'design' sendiri tu, kalau korang tengok,confirm meleleh...hehe  ;)

Saturday, 17 December 2011

http://myibrah.com/mudahnya-wanita-mendapat-pahala-dan-syurga

Segalanya bermula di sini...


Assalamualaikum Warahmatullah...bermulanya aku di sini tatkala 2011 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Aku pun tak tahu apa yang aku rasa sepanjang 2011 ni, terlalu banyak kenangan yang manis tidak terkecuali juga di pengakhiran tahun yang pahit2 menyusul satu persatu...mungkin inilah yang dinamakan 'kehidupan'...apapun aku cuba untuk laluinya satu persatu dengan slamber...Insyaallah 2011 akan berlalu...semoga 2012 yang datang akan membawa seribu kemanisan dan kerahmatan buat aku, Laksamana Sunan...  ;)